<BGSOUND src="http://www.geocities.com/hassnyb/kita_insan.ram"> <body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "FFFFFF"; google_color_bg = "FFFFFF"; google_color_link = "000000"; google_color_url = "000000"; google_color_text = "000000"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> barah tulang « info terkini




SCORE A PRODUK

INOVASI TERKINI KE ARAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN


SELAMAT DATANG

laisyaa k rawat menjemput semua yang berminat untuk menjadi pengedar & stokis seluruh Malaysia

[Laman Utama] [Soal Jawab] [Info Terkini] [Produk Terbaru] [Pengedar] [Iklan] [Summer Camp] [Negeri Perak]








SKOR A PRODUK




Lukomine Cube
Harga: RM 18.50



Lukosaima Cube
Harga: RM 18.50



Chocolate Agarie
Harga: RM 22.50



Chocolate Agarie Spirr
Harga: RM 22.50



Harga RM :1 botol RM 65.00
3 botol RM 190.00


Tingalkan pesanan anda di sini
   

<< September 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sep 9, 2006
barah tulang

Barah tulang boleh musnahkan tisu badan


WALAUPUN tidak berada dalam carta barah, pembunuh utama di kalangan warga Malaysia, barah tulang antara penyakit yang harus diketahui kerana kebiasaannya faktor mencetuskan barah ini berpunca daripada darah yang tercemar.

Jika dilihat secara keseluruhannya, kita memiliki 206 tulang di dalam badan yang memiliki pelbagai fungsi. Pada kebiasaannya barah akan berlaku pada mana-mana bahagian tulang yang sering mengalami pertumbuhan.

Kebanyakan barah tulang sebenarnya bukan barah (benign) tetapi sesetengah memang barah (malignant). Benign tumor biasanya tidak merebak ke bahagian lain dan jarang memerlukan rawatan seumur hidup. Walaupun ia mungkin berulang tetapi boleh dibuang melalui pembedahan.

Pakar bedah ortopedik Hospital Pusrawi, Dr Mohd Ismail Maulut, berkata benign bone biasanya membabitkan benjolan pada tulang yang abnormal dan kebanyakannya tidak memerlukan rawatan jika tidak sakit. Malah kadang kala ia boleh hilang dengan sendirinya.

“Walaupun ia tidak bahaya tetapi masih juga memerlukan rawatan jika sakit kerana ada kes benign berubah menjadi barah. Perlu diingat, kadang kala benign tumor tidak ada gejala dan selalunya ditemui secara kebetulan,” katanya.

Malignant tumor pula yang disifatkan sebagai barah, ia berkemampuan untuk ‘menakluk’ dan memusnahkan tisu yang sihat berdekatannya. Sel barah juga boleh mencemarkan aliran darah hingga menyebabkan barah merebak ke bahagian tubuh yang lain. Keadaan ini dikenali sebagai metastasis.

Kata Dr Ismail, barah yang bermula di dalam tulang dikenali sebagai barah tulang primary. Ia selalunya ditemui di tangan dan kaki tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian tulang di badan.

“Kanak-kanak dan golongan remaja cenderung untuk berhadapan dengan masalah ini berbanding golongan dewasa,” katanya.

Barah tulang primary dikenali sebagai sarcomas dan terdapat dalam pelbagai jenis dan terjadi di bahagian tisu tulang yang berlainan. Sarcomas yang biasa menyerang adalah osteosarcoma, Ewing’s sarcoma dan chondrosarcoma.

“Osteosarcoma adalah barah tulang yang biasa menyerang golongan muda belasan tahun dengan golongan lelaki lebih terdedah kepadanya berbanding perempuan. Ia akan terjadi di hujung tulang kerana sebagai orang muda di situlah tisu tulang baru tumbuh,” katanya.

Ewing’s sarcoma pula katanya, biasa terjadi di kalangan mereka berusia antara 10 ke 25 tahun. Ia akan bermula di tengah tulang besar seperti tulang pinggul atau tulang yang panjang di bahagian atas lengan dan paha.

Chondrosarcoma biasa terjadi di kalangan orang dewasa. Barah jenis ini terbentuk di bahagian tisu sekeliling sendi. Di kalangan golongan dewasa juga giant cell tumor mungkin boleh terjadi.

“Sebenarnya kanser yang terjadi di dalam tulang agak jarang berlaku. Ia tidak mudah merebak dari satu bahagian tulang ke bahagian tulang yang lain. Jika keadaan ini berlaku, ia tidak dipanggil barah tulang kerana setiap jenis barah dinamakan mengikut organ atau tisu yang terjejas,” katanya.

Jika sel darah sudah terjejas dengan penyakit barah yang lain ia akan turut menjejaskan tulang dan boleh menyebabkan tulang patah.

“Kita panggil keadaan ini barah tulang secondary. Antara barah yang boleh menjejaskan tulang adalah barah payu dara, paru-paru, prostat, buah pinggang dan tyroid,” katanya.

Secara am kata Dr Ismail, punca barah tulang tidak diketahui tetapi ia mungkin terjadi kerana faktor genetik, radiasi seperti nuklear dan trauma. Tetapi dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang spesifik.

“Cumanya apa yang boleh kita katakan pesakit barah tulang meningkat di dalam keluarga tetapi setiap tahun ia hanya membabitkan lima dari sejuta pesakit,” katanya.

FAKTA:
Rawatan


  • Pembedahan, radioterapi dan atau kimoterapi.

  • Pesakit selalunya dirujuk kepada doktor yang memiliki kepakaran dalam pelbagai rawatan barah. Ini termasuk pakar bedah tulang dan radiasi oncologist.

  • Kemungkinan untuk barah terjadi lagi di tempat yang sama masih ada selepas pembedahan. Kerana itu pakar bedah akan membuang barah dan sebahagian tulang yang sihat dan tisu berdekatan tulang yang bermasalah.

  • Jika barah tulang terjadi di lengan atau kaki, pakar bedah akan hanya membuang barah dan bahagian berdekatan dan mengantikan sendi yang dibuang dengan alatan besi.

  • Kimoterapi biasanya membunuh sel barah. Ia diambil melalui oral atau suntikan ke otot atau salur darah.

  • Radioterapi juga memusnahkan sel barah dan menghentikannya dari tumbuh. Dalam sesetengah kes, ia menjadi pilihan berbanding pembedahan.

    Gejala

  • Gejala barah tulang selalunya terbentuk dalam masa yang lama kerana ia bergantung pada jenisnya, bahagian tulang yang terjejas dan saiz barah itu.
  • Rasa sakit terutama pada waktu malam.
  • Bengkak pada tulang

    Apa yang perlu anda tahu

  • Barah jarang terjadi di dalam tulang.
  • Tidak mustahil barah boleh merebak dari tulang ke bahagian lain di dalam badan.
  • Kesakitan adalah tanda yang kerap dikaitkan dengan barah tulang.
  • Diagnosis barah tulang selalunya disokong dengan penemuan dari rekod perubatan dan pemeriksaan, darah, ujian x ray dan ujian patologis.
  • Rawatan barah tulang bergantung pada jenis, lokasi, saiz, usia dan keadaan kesihatan pesakit selain keadaan barah itu.

  • ©The New Straits Times Press (M) Berhad

    Posted at 02:01 pm by dakkapilah

    Somanabolic Muscle Maximizer
    April 18, 2013   05:50 PM PDT
     
    Best Online Reviews about Muscle building & Fitness if you want to build your muscles with perfect shape feel free visit my web-page click the link above >>> Somanabolic Muscle Maximizer >>>
    KARTINI ABD KARIM
    December 25, 2012   04:15 PM PST
     
    SAYA SELALU SAKIT DI TULANG SELANGKAH/PINGGUL...DAN SELALUNYA BERLarutan sehingga ke atas tulang atas betis. apakah ini biasa @ terdapat sintom barah tulang?
    discount louis vuitton
    September 11, 2012   08:01 AM PDT
     
    Now we have a great walkway that goes to the beach and to the canals that came from the partnership of community with government,063097,http://infoterkini.blogdrive.com/archive/39.html
    kiena
    May 31, 2012   11:04 AM PDT
     
    Salam..saya nak tanya anak saya sering x sehat demam..batuk...selseme dalam masa 3buln ni. Dia sering menangis sakit kat tulang peha sampai kaki bawah dan baru2 ni saya perasan ada bonjulan tulang kat bahagian buku lali dan sekitarnyer.:-(tulang tu terbonjol ada 2 dan bahagian bonjolan tu kulit dia warna hitam...kenapa yer saya risau sangat...kalau dia terlebih main dia akan merengek sakit peha ke kaki:-(:
    eyan
    March 8, 2012   10:35 AM PST
     
    salam saya ada 1 prtayaan kalau blew time sejuk or hujan lutot saya akn terasa ngilu dan sakit adakah ini adalah simptom barah tulang juga. ???
    ???
    January 3, 2012   01:05 PM PST
     
    saya sering merasa nyilu d bahagian tulang belakang n paha pada sebelah kanan, apakah mksdnya ?
    tertanya2
    November 12, 2011   06:15 PM PST
     
    kalau sakit nyeri atau lebam2 di bhgian lengan dan kaki adakah ianya salah ssatu dr simptom penyakit ini??
    somanabolic muscle maximizer
    July 29, 2011   01:04 PM PDT
     
    Barah tulang boleh musnahkan tisu badan>>>>>-----------Nice piece of information i never read before regarding this subject....!
    anis
    July 6, 2011   08:31 PM PDT
     
    lebam2 pd kaki dan tangan tanba sebab adakah disebabkan sakit ini?
    cik eyka
    March 19, 2011   11:12 AM PDT
     
    salam saya ada pertanyaan, kalau sakit pada bahagian lutut, sering nyilu pada waktu hujan atau sejuk dan kesakitan yg berpanjangan apabila berjalan, adakah itu juga symtom barah tulang? dan kadang2 die jd sgt kurang selesa bila berjalan.
    ctnor
    March 3, 2011   01:13 PM PST
     
    sakit yang bdenyut2 di bhgian pinggul dan jga paha adakah jgk barah tulang..???
    lia
    September 9, 2010   01:44 PM PDT
     
    jika terasa sakit yang derdenyut-denyut pada tulang betis adakan ianya salah satu simptom barah tulang?
    BudakSakit
    May 20, 2010   08:26 PM PDT
     
    kalau sakit tulang di bahagian lutut pada musim sejuk or hujan,antara simptom barah tulang jugak ??
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry